Sistem Info Perhutanan (SiP)
Sistem Pembangunan Info-Perhutanan (SiP) adalah satu sistem yang berasaskan aplikasi atas talian selaras dengan teknologi ICT terkini yang bertujuan mengumpul segala data dan maklumat perhutanan di IPJPSM dan JPN. Data-data dan maklumat yang akan dikumpul oleh sistem ini adalah sangat penting terutama sebagai rujukan, panduan, analisis dan sumber maklumat untuk tujuan pelaporan, pengemaskinian dan penganalisaan. Dengan penggunaan sistem ini, data dan maklumat yang diperlukan dapat dicapai dengan lebih cepat dan konsisten serta sahih. Ini kerana data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem ini telah melalui proses semakan dan perakuan daripada pegawai yang bertanggungjawab di setiap Bahagian dan JPN. Selain itu, masa pencarian data dan maklumat dapat disingkatkan kerana hampir semua maklumat perhutanan akan dimasukkan dalam sistem dan akan sentiasa dikemaskini.
Sistem Pembangunan Info-Perhutanan terdiri daripada modul-modul berikut:
- Modul Aktiviti Silvikultur Hutan Asli
- Modul Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri
- Modul Ladang Hutan
- Modul Maklumat Kilang Berasas Kayu
- Modul Piagam Pelanggan
- Modul Tanaman Pokok
|
- Modul Fora Perhutanan Antarabangsa
- Modul Industri Berasas Kayu
- Modul Maklum Balas / Aduan / Aduan Integriti
- Modul Perjawatan
- Modul Projek Pembangunan
- Modul Tapak Semaian
|
- Modul Daftar Pergerakan Kertas Siasatan & Status Kes Mahkamah
- Modul Pertanyaan & Maklum Balas Persidangan Parlimen
|
Sila pastikan anda menggunakan pelayar Web Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Internet Explorer 10 untuk mengakses Sistem ini. Anda sedang menggunakan pelayar selain daripada Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer. Klik di sini untuk login.
|
Modul Aktiviti Silvikultur Hutan Asli
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F), aktiviti Memotong Akar/Pepanjat (CL), Tanaman Mengaya dan Kemajuan Pelaksanaan Aktiviti Silvikultur (Post-F, CL dan Tanaman Mengaya).
Kembali
|
Modul Daftar Pergerakan Kertas Siasatan & Status Kes Mahkamah
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan kertas siasatan dan kes mahkamah yang melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) dan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM).
Kembali
|
Modul Fora Perhutanan Antarabangsa
Modul ini berfungsi untuk menyediakan laporan dan mengumpulkan semua dokumen yang berkaitan kursus / seminar / persidangan / bengkel / lawatan sambil belajar di luar negara.
Kembali
|
Modul Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan dan mendapatkan maklumat berkaitan hutan lipur, hutan taman negeri, pokok bahaya, flora dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan hutan lipur/hutan taman negeri.
Antara maklumat yang disimpan termasuklah status pengurusan, kes kemalangan, kemudahan dan tarikan, jumlah pengunjung, program dan aktiviti yang diadakan, serta hasil pendapatan di hutan lipur dan hutan taman negeri.
Kembali
|
Modul Ladang Hutan
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan ladang hutan dan kes kebakaran hutan yang berlaku di ladang hutan.
Antara maklumat yang disimpan termasuklah maklumat keluasan ladang dan tanaman berserta dengan maklumat pengurusan, serta semua maklumat yang berkaitan dengan kejadian kebakaran hutan.
Kembali
|
Modul Perjawatan
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan perjawatan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan perjawatan Jabatan Perhutanan Negeri.
Kembali
|
Modul Piagam Pelanggan
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan maklumat pencapaian piagam pelanggan di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri.
Kembali
|
Modul Projek Pembangunan
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan prestasi perbelanjaan projek pembangunan peringkat IPJPSM, Negeri, KWPH dan agensi lain serta prestasi pencapaian fizikal projek pembangunan (aktiviti teras SFM).
Kembali
|
Modul Tanaman Pokok
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan tanaman pokok bagi semua program penanaman pokok di Semenanjung Malaysia termasuklah maklumat keluasan, spesis dan jenis lokasi.
Kembali
|
Modul Industri Berasas Kayu (IBK)
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan dan mendapatkan maklumat industri berasas kayu.
Kembali
|
Modul Maklumat Kilang Berasas Kayu (eKBK)
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan Kilang Papan, Kilang Papan Lapis/Venier dan Kilang Kayu Kumai.
Kembali
|
Modul Tapak Semaian
Modul ini berfungsi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan tapak semaian.
Kembali
|
Modul Maklum Balas / Aduan / Aduan Integriti
Modul ini berfungsi untuk membenarkan orang awam mendaftarkan maklum balas / aduan / aduan integriti secara atas talian serta merekodkan maklum balas / aduan / aduan integriti yang diterima daripada sumber lain.
Kembali
|
Modul Pertanyaan & Maklum Balas Persidangan Parlimen
Modul ini berfungsi untuk merekodkan pertanyaan-pertanyaan dan maklum balas yang berkaitan perhutanan di Parlimen.
Kembali
|
|
Pelayar Web yang sedang anda gunakan didapati tidak compatible dengan Sistem ini! Sila gunakan Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Internet Explorer 10.0